Program Mesra Rakyat dan Perasmian Kuliah Bulanan di Pulau Gaya

Penasihat Undang -undang merangkap penyelaras Pusat Aduan Rakyat Dun Tanjung Aru yg megetuai rombongan

Menunggu sebahagian dari peserta rombongan di Jetty


Ini kalilah kita tukar

Penyerahan baju sukarelawan PAS cawangan Pulau Gaya




Program Mesra Rakyat Kg Sembulan Bersama Pakatan Rakyat


PAS 4 All, tanpa mengira bangsa dan agama


Haji Sainuri Yahmin, wakil Parti Keadilan memberi sumbangan

Peguam PAS Sabah memberi sumbangan,

Bersama  kanak -kanak 

Bergambar kenang kenangan bersama . Ini kalilah

Bulan mewakili hatiku 


Program Pemberian Sumbangan di Blok C,Kg Sembulan

Bacaan doa memberkati majlis

Sdra Arwin, wakil penduduk memberi ucapan pemulaan

Dinaungi bendera bulan (PAS)

Haji Ahmad , waki PKR memberi ucapan

Perbincangan Peguam PAS Putatan dengan penduduk kampung

Pemberian Sumbangan




beramah mesra

Pencarian bermula
Ini kalilah kita tukar

Lahad Datu: PAS Sabah Adakan Mesyuarat Tergempar


KUALA LUMPUR: PAS Sabah akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan isu keselamatan di Lahad Datu dan Semporna yang menyebabkan lapan kematian anggota keselamatan.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, pihaknya akan merangka beberapa tindakan khusus bagi membantu pihak penguasa menyelesaikan isu tersebut.

"Malam ini PAS Sabah akan mengadakan mesyuarat khusus untuk bincang isu ini.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani krisis ini tapi di peringkat kita sendiri mesti ada inisiatif juga," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sementara itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang maut dalam insiden tembakan di Lahad Datu Jumaat lalu.

Ucapan takziah juga dibuat ke atas kematian enam anggota polis dalam kejadian serangan hendap oleh penceroboh di Sempourna, Sabah, semalam.

Malam tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan enam anggota polis terbunuh dalam satu serang hendap di Semporna.

Anggota keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu ialah:

1. Superitenden Ibrahim Lebar - Cawangan Khas, Bukit Aman
2. ASP Michael Padel - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna
3. Sarjan Baharin Hamit - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah
4. Sarjan Aziz Sarikun - Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau
5. Koperal Salam Togiran - IPD Tawau
6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran - Batalion 14, PGA Tawau


Sumber: Harakahdaily.Net

Isu Lahad Datu: Dewan Ulamak PAS Sabah Seru Masyarakat Solat Hajat


Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi menyelamatkan negara daripada musibah dan bala bencana setelah digemparkan dengan berlakunya pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah yang melibatkan anggota keselamatan negara.



Dewan Ulamak PAS Sabah yang diketuai oleh Ustaz Nuruddin Bin Ibrahim juga mencadangkan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri Sabah untuk melakukan solat hajat bagi tujuan yang sama pada masa-masa tertentu.

"Kita minta kepada masyarakat Malaysia agar mendirikan solat hajat tak kira secara bersendirian ataupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah khususnya", kata Ustaz Nuruddin Ibrahim.

"DUPNS juga meminta pihak berkuasa agama seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengerahkan masjid dan surau di seluruh negeri supaya turut mendirikan solat hajat bagi memberi kebersamaan dalam memastikan negara kita terpelihara dari bahaya yang perlu kita hindari", tambah Ustaz Nuruddin lagi.

Urusan Ulamak Putatan: Elak Masjid Jadi Alat UMNO-BN Menjelang Pilihanraya


Urusan Ulamak PAS Putatan hari ini tampil menyeru agar institusi masjid dan surau di sekitar kawasan Putatan supaya tidak menjadi alat kepada UMNO-BN dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ini adalah susulan beberapa kes yang menunjukkan bahawa UMNO-BN mengambil kesempatan menggunakan masjid sekitar Kota Kinabalu  dengan menggantung kain rentang dan bendera Barisan Nasional seperti yang terjadi di Masjid Negeri Sabah (MNS) dan Masjid Al-Aman berdekatan Pasar Filipina di bandar Kota Kinabalu.
 
Ketua Urusan Ulamak PAS Putatan, Ustaz Shafiq Mohd Ismail berkata tindakan menjadikan masjid sebagai lokasi bagi meraih sokongan politik adalah satu tindakan yang amat terdesak. Ini sekaligus mencemarkan institusi masjid sebagai pusat penyebaran syariat Islam apabila wujudnya kain rentang dan bendera dari sebuah parti yang tidak menjadikan Islam sebagai dasarnya.
 
 
“Bagaimana boleh dibenarkan sebuah parti yang dasarnya bertentangan dengan Islam iaitu sekularisme boleh menggantung kain rentangnya di masjid yang menjadi pusat penyebaran syariat Islam? Ini sesuatu yang tidak masuk akal,” kata Ustaz Shafiq.
 
Urusan Ulamak PAS Putatan juga melahirkan rasa kebimbangan mengenai kuliyyah-kuliyyah ilmu di Masjid Negeri Sabah (MNS) yang kian dibatalkan dan dihalang hasil tekanan dan desakan dari UMNO-BN.  Maka, Ulamak PAS Putatan turut menggesa agar pihak pengurusan masjid dan yang berkenaan khususnya supaya mengambil tindakan sewajarnya secepat yang mungkin bagi menangani masalah-masalah yang dicetuskan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
 
 
“Kita melihat Masjid Negeri Sabah yang dahulunya subur dengan majlis dan kuliyyah ilmu kini kian sepi akibat tindakan khianat UMNO-BN. Ramai penceramah yang ikhlas menjalankan kerja dakwah kini tidak dapat berbuat demikian di Masjid Negeri Sabah".
 
"Kita menggesa kepada pihak pengurusan masjid  supaya lebih tegas terhadap perkara ini agar UMNO-BN tidak mencemarkan institusi masjid dengan pengaruh dan politik songsang yang diamalkan oleh mereka selama ini”, tambahnya Ustaz Shafiq lagi.

Masyarakat Kota Kinabalu Tolak BN Gunakan Masjid


Rakyat Muslim sekitar Kota Kinabalu khususnya Sembulan baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan apabila melihat Masjid Negeri Sabah (MNS) yang merupakan antara masjid yang menjadi tumpuan masyarakat untuk menunaikan ibadah kini semakin kelihatan dipengaruhi oleh anasir parti-parti politik.

Banner milik Barisan Nasional yang digantung di pagar Masjid Negeri Sabah

Hal ini berikutan adanya banner yang tertulis "Terima Kasih, Ini Kali Lah Tolak Pembangkang" mencetuskan ketidakselesaan kepada penduduk setempat khususnya ahli jemaah masjid. Tindakan ini menggambarkan bahawa parti komponen Barisan Nasional dengan sewenang-wenangnya menggunakan fasiliti kawasan Masjid Negeri Sabah sebagai cara mudah bagi mendapatkan sokongan politik.

Bukan setakat itu, beberapa pihak juga berpendapat bahawa tindakan ini tidak sewajarnya dilakukan dan akan mencemarkan institusi Masjid Negeri Sabah (MNS) yang sememangnya menjadi tempat tumpuan kuliyyah ilmu. 

Susulan tindakan ini, masyarakat Muslim Kota Kinabalu memberi tindakbalas dengan membina satu page "Ratusan Rakyat Tolak Banner Terima Kasih BN  Di Pagar Masjid Negeri Sabah" di laman sosial Facebook bagi mendesak pihak pengurusan MNS untuk menanggalkan banner tersebut secepat mungkin. Tindakan desakan ini dijangkakan lebih agresif jika tidak diendahkan oleh pihak yang berwajib. Link page tersebut boleh dicapai pada alamat https://www.facebook.com/pages/Ratusan-Rakyat-Tolak-Banner-Terima-Kasih-BN-di-Pagar-Masjid-Negeri-Sabah/480548895325784 
 
Paparan Page di Facebook 

Bagi meredakan kemarahan masyarakat Muslim, dicadangkan agar pihak pengurusan Masjid Negeri Sabah (MNS) lebih teliti dan hanya membenarkan banner kuliyyah ilmu dan berunsurkan kepada aktiviti-aktiviti Islami sahaja digantung di pagar masjid untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama.